2022 Hadiah Peraduan Menulis Esei ditaja oleh Pengerusi Eksekutif Awg Tan Yun Kui
(2022 student eassy competition sponsored by Mr. Tan Yun Kui)
Editorial Introduction by Tuan Haji Johari Achee
“The initiative in embarking this essay writing competition is well applauded. It is held in a timely manner as we are still in the midst of observing the 39th National Day – the time that allows us to ponder upon our achievements as a sovereign independent nation. While we reflected on our past and the present moment, it is normal for us to project ourselves into the future; what is in store for us as citizens and residents of this beautiful and peaceful country of Brunei.
In dreaming and mapping the future we would naturally factor in the aspiration of our youth. The essays that they have written and submitted to this competition were the distillation of their thought as they visioned of their future. We need them to expressed their hope, desire and dream about what the future of Brunei that they will inherit.
This competition comes handy as their healthy platform where opinions of our youth are shared and appreciated. Their expressed thinking could be seen as valuable inputs for whoever are concerned in strategizing plans for everyone. May more youth use this platform in future competitions. To the organizer our hats off for you for your valuable effort.”
- A blog is an online page that is regularly updated and often follows an informal style. Here, it is you talking to whoever may read what you write.
RAKYAT BERILMU NEGARA MAJU
Pengarang: MUHAMMAD AMBREE NAZRI BIN AHMAD (TAHUN 11 S)

Negara Brunei Darussalam telah mendedikasikan banyak usaha untuk membina sebuah masyarakat yang berpengetahuan sejak kemerdekaan pada tahun 1984. Sepanjang masa ini, pendidikan telah dijadikan satu agenda utama negara kerana pendidikan merupakan satu prasyarat kepada sebuah negara yang sentosa serta pembangunan rakyat yang harmoni dan sejahtera. Ilmu pengetahuan merupakan cahaya hati yag bersinar kerana pendidikan dikaitkan dengan penyebaran dan penghasilan ilmu-ilmu pengetahuan yang dapat membantu manusia membangun kehidupannya dengan lebih baik. Ilmu juga merupakan asas kepada keupayaan seseorang untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara.


Ilmu dapat diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ilmu secara langsung dapat kita peroleh melalui institusi pembelajaran, iaitu dari peringkat tadika sehingga ke peringkat universiti manakala ilmu secara tidak langsung dapat kita peroleh melalui pelbagai sumber termasuklah pembacaan dan pengalaman kita. Dalam hal ini, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sebenarnya amat mudah untuk memperoleh ilmu. Hal ini demikian kerana kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti perpustakaan awam. Oleh itu, masyarakat sepatutnya mengambil peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.

Masyarakat yang tidak berilmu lebih mudah dipandang rendah apabila berhadapan dengan golongan masyarakat yang lebih berilmu. Dengan pendidikan yang tidak seimbang ini, mana mungkin negara kita dapat mengecap pembangunan yang mampan. Sebagai contoh, penghasilan kualiti graduan akhir-akhir ini didapati tidak seimbang untuk keperluan pekerjaan bagi pembangunaan negara. Masalah ini menyebabkan negara kita mengalami kekurangan pekerja mahir di alam bidang yang benar-benar dikehendaki oleh negara untuk program-program pembangunan. Malah, apa yang kerap berlaku ialah ramai graduan yang dihasilkan adalah terdiri daripada bidang-bidang yang tidak diperlukan ataupun yang sudah berlebihan dari segi keperluannya. Keadaan ini juga akan membantutkan pembanguan dan kemajuan sesebuah negara.
Justeru itu, kepentingan ilmu pengetahuan yang seimbang dari sudut rohani dan kemahiran kini menjadi satu keperluan yang amat mustahak bagi sesebuah negara. Tanpa ilmu pengetahuan yang seimbang, peluang untuk memajukan negara adalah amat sukar malahan akan menjejaskan apa jua rancangan dan kemajuan yang telah direncanakan. Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan, tanpanya siapakah kita. Dunia kini lebih mengutamakan ilmu pengetahuan. Jika bangsa kita tidak berilmu, kita akan jauh ketinggalan malah akan ditinggalkan dalam usaha untuk memaju dan menjana pembanguann negara.
Peranan memajukan sesebuah negara terletak di bahu rakyat dan penduduknya sendiri. Rakyat yang dahagakan ilmu akan berusaha untuk mencari ilmu walau di mana sahaja ilmu itu berada. Nabi Mhammad S.A.W pernah bersabda : “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim.” Di sini jelaslah bahawa kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia dan kukuhnya ilmu dalam masyarakat dapat menggambarkan kepesatan dan kemajuan sesebuah negara.
MUHAMMAD AMBREE NAZRI BIN AHMAD (TAHUN 11 S)

The source of information, the video and the photos are from social media. We like to thank the owners of the video and its contents and the source of information in this blog is copyright to the respective owners. Please let us know if you have any issues with the copyright. Let us know and we will promptly remove them.

Pengerusi Eksekutif Awg Tan Yun Kui

