Hadiah Peraduan Menulis Esei ditaja oleh Pengerusi Eksekutif
KATEGORI TAHUN 3 – 4 TEMPAT PERTAMA
Cara-cara Menjaga Kesihatan Badan Kesihatan
Editor Introduction:-
We send our children to school to learn ABCs to learn to read and to write. The most wonderful is when they write stories of their own imagination. It is amazing what their imaginations will create and how they will weave single words together to tell a marvellous story. It is with joy and pride that we start to share stories written by our younger generation – using just a simple pictorial prompt, the student has to use his imagination to tell us his interpretation of events. Thank you to Mr Tan Yong Kui for being the patron of this award to encourage young writers.
To start off with, we share the third prize winner of category Year 3/4 – FATEENAH syakira shannon lee bonti md. darren fadzilah ( TAHUN 4 BIRU)
Congratulations , we enjoyed reading your essay about healthy life style
Kesihatan fizikal bermaksud menjaga dan mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dan menjadi rutin dalam hidup kita.

Antaranya adalah membuat aktiviti luar yang boleh menyihatkan badan kita seperti aktiviti bersenam, bersukan dan aktiviti riadah yang lain. Aktiviti ini bukan sahaja membolehkan kita mengeluarkan peluh dan membuang sisa toksik badan, tetapi juga boleh menghindarkan kita dari masalah obesiti.
Di samping itu, dengan meluangkan masa bersenam dan beriadah juga boleh mengurangkan tahap tekanan dan menenangkan fikiran kita. Ia juga membolehkan kita mengeratkan silaturahim dan hubungan dengan kawan-kawan dan orang sekeliling ketika bersenam.

Kesihatan mentyal pula bermaksud minda kita sihat dan bebas dari pemikiran yang negatif. Mengurangkan masa bermain dan menghadap telefon bimbit ataupun komuter juga salah satu cara bagi mendapatkan tahap mental yang sihat. Tidur dan rehat uang mencukupi juga menjadi salah satu faktor ke arah kehidupan dan minda yang sihat.
Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjalani kehidupan yang sihat dan mengambil pemakanan yang seimbang bagi memastikan kesihatan badan kita terjaga.
FATEENAH syakira shannon lee bonti md. darren fadzilah ( TAHUN 4 BIRU)

Reblogged this on Kuala Belait Chung Hua Middle School.
LikeLike